b l a c k . w h i t e
Welcome Tuhhs Mai Blog ♥

Webfetti.com
This bloq belonq tuhhs MINE
Please do not copy
And no rippinq :X

If you hate me ,

CLICK HERE

Just leave .



It's Just Me .

Photobucket
1st of all ~ ignore my noob english :] . and my rude-ness yea =x .

Albee
02/04 ~ aday after aprilful ! :D
Aries ~ Meehh meeehhhs ~ xP .
音乐,带我进入一个美丽新世界 。


Imma just a so tooverysuperduperuberdamnfuckingfreakingsibei
ordinary girl , who loves her family lots ! :D
Age , is my secret :b . I keep almost everything inside .
I'm a movie freak , and I LOVE IT ! :DD .
G.NA is my LOVER ! ♥ . I LOVE HER LOTS !

I am who I am .
DON'T EVER JUDGE ME , IF YOU DON'T KNOW ME .


My Friendster (1st)
My Friendster (2nd)
My Friendster (3rd)

Facebook Albee Goh





Lоvеs Lікеs
CHOI GINA
Family
Music ♫
S.H.E
Thomas Jack
ECX
Lollipop
Macdonald
Merry
Audition
Eggs xD
Puppy
My Baby CJ7 T !
Anytinq dhat ish cute xP


School
Exams
Dicipline
Arts
Cockroach
vegetables
worms
wanna bes
YP ! FO BITCH !

Wish Upon Dhe Star .
Freedom !
Have a good future .
Get more dens xD .
Be independent .
Make new friends .
Grow taller =x .
Hang out with friends !
Learn nail polishing .
Have more $$$ xD .
Own a nikon digital SLR camera .
NWZ-X1050/B ! ( Walkman MMP3 ) .
Own a car .
buy myself a sport car ! xD .
Have my own laptop .
Have my own room .
Buy boots :D .
Change myself 360 degree .
No exams !!
Study Hard =x .
Travel around the world :D .
Get a giant cute plushie for my 18th & 21th birthday ! :D .
Learn magic x] .
Learn make up :x .
Be a hawky .
Buy a new cute puppy , rabbit , hamster ! ♥ .
Earn my own money !
buy anything I want ! :DD .
Partyyy always !
Learn drum :D .
Learn keyboard .
Learn piano .

Fly Away .






ваовеιιs ♥

Yun
-Rebolation- Fam
Club Audition
Benjamin
JiaLing
Jolyn
XinEr
YiYin
Saph
Ping
TYY
Young
Keane
Stephy
KaiHui
HuiWen
MonYun
Wai
MeiKyi
KarYen
Hsien
XiaoGong
Eileen
Vincy
Alan
XiaoYu
Nick
Fallen
Aderlynn
Crystal
Lynn
Yang
YingWei
Ruben
Cassie
Vinx
Loon
Vernice

Link For Fun

BloqSkins
Flip
TitleMaker
Emotions
Favicons
Glitter
Quackit
Pixnet
FileDen
WebFetti
My Icons
isamarabbit
ipigu
DynamicDrive
Signature

Online Shopping

Yuki Suki
Agape Boutique
Agape
Soul Of Charm
Taiwan Spree
Eunice Fashionshop
LDLB Dress
B-Fashion Shop
Reen FashionShop
YiYiBuSe
Happiness-fashion
1Shoppe
ClothesnMe
Princess E-Closet
Lovely Closet
My Closet
Cute For You
Be A Doll


Memories ♥

April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
May 2011


Designed and made by FsDesigns

Thursday, February 12, 2009

SEI MORAL !! .

HOLA ! . 2dae ii will post many many many many ! F5 . cz ii very buay sonq ! . ii ytd 11.00pm chiong 1 moral essay till 12.30am . dhen qo skul chiong another 3 moral essays ! . chiong till my hand tired + pain . dhen lehhs dhat moral gei wo relief ! majipet . ii chiong till so charm . jz dun wan late hand in . dhen ni gei wo relief ! tml oni hand in ! . gth larhs ! . zao zhi dao dun chiong . TMD ! . dhen ue all lehhs .. keep say 4 moral essays oni marhs ~ sap sap sui larhs . SO SAP SAP SUI UE ALL LAI COPY LARHS F5 ! SIBEI LONG LORHS ! ii gonna type dhat 4 moral essays dhat ii copied here ! dhat's whyie ii said 2dae ii will post MANY MANY MANY ! let ue all see qort hw lonq ! ue all try qo copy and see . nid finish it in 3 hrs ! . still nid ting ke . still nid do other homework dhat teacher give in class . see reali so sap sap sui borhs ! . hng ! .

HOLA ! . 2dae ii will post many many many many ! F5 . cz ii very buay sonq ! . ii ytd 11.00pm chiong 1 moral essay till 12.30am . dhen qo skul chiong another 3 moral essays ! . chiong till my hand tired + pain . dhen lehhs dhat moral gei wo relief ! majipet . ii chiong till so charm . jz dun wan late hand in . dhen ni gei wo relief ! tml oni hand in ! . gth larhs ! . zao zhi dao dun chiong . TMD ! . dhen ue all lehhs .. keep say 4 moral essays oni marhs ~ sap sap sui larhs . SO SAP SAP SUI UE ALL LAI COPY LARHS F5 ! SIBEI LONG LORHS ! ii gonna type dhat 4 moral essays dhat ii copied here ! dhat's whyie ii said 2dae ii will post MANY MANY MANY ! let ue all see qort hw lonq ! ue all try qo copy and see . nid finish it in 3 hrs ! . still nid ting ke . still nid do other homework dhat teacher give in class . see reali so sap sap sui borhs ! . hng ! .

1st MORAL ESSAY
Malaysia ialah sebuah negara membangun yang kikagumi dunia. Keharmonian hidup masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta kemajuan yang dicapai oleh negara dalam pelbagia bidang telah menjadi contoh kepeda negara-negara lain di dunia.

Malaysia talah melalui beberapa Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Banyak kemajuan telah dicapai dan dinikmati oleh rakyat. Kemajuan yang dinikmati ini tidak datang begitu sahaja tetapi hasil daripada sokongan dan kerjasama rakyat. Sikap toleransi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum sebenarnya telah membantu menjayakan dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beberapa strategi telah digalur untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, Antaranya ialah kejayaan program mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum sepsrti Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Kemudahan asas juga disediakan dan dipertingkatkan untuk penduduk bandar dan luar bandar. Lebih banyak peluang ekonomi juga diwujudkan untuk golongan berpendapatan rendah terutamanya di kawasan mundur dan negeri yang kurang maju. Dengan cara ini, jurang perbezaan antara golongan rakyat miskin dengan rakyat kaya dapat dirapatkan.

Dalam usaha menusun semula masyarakat, DPN mempunyai strategi pengagihan kekayaan negara melalui pertumbuhan ekonomi. Perhatian khas diberi untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berkualiti. Usaha lain yang dilaksanakan ialah mempelbagaikan asas ekonomi negeri yang kurang maju dan memperluas infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial negara.

Rakyat Malaysia diberi peluang untuk menikmati dan berkongsi kekayaan negara. Menyedari hakikat inilah rakyat Malaysia sentiasa bertoleransi dan tidak mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada kaum tertentu.

Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu usaha kerajaan ke arah mewujudkan perpaduan dan kejiwaan kebangsaan. Walaupun Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 telah menetapkan DKK harus berasaskan ciri kebudayaan Melayu sebagai elemen utama, elemen kebudayaan lain seperti Cina, India dan lain-lain yang sesuai dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia juga diterima. Masyarakat Malaysia juga menerima agama Islam sebagai asas penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Masyarakat Malaysia juga menerima dan menghormati budaya kaum lain. Contohnya, mereka menjadikan baju Melayu dan baju kurung sebagai pakaian traditional yang dapat melambangkan identiti negara Malaysia. Pakaian traditional kaum lain seperti ceongsam, sari dan baju Punjabi juga diterima oleh semua kaum. Matlamat DKK dapat dicapai hasil usaha pihak kerajaan dan sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh pihak swasta pertubuhan kebudayaan dan individu.

Pelbagai pihak talah meramal bahawa Malaysia tidak akan berjaya membentuk bangsa Malaysia kerana memberi kebebasan kepada setiap kaum mengamalkan budaya masing-masing. Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa ramalan mereka meleset. Kita kini berbangga kerana rakyat Malaysia yang sanggup bertolak ansur dan bekerjasama dalam semua aspek kehidupan telah dapat membantu ke arah pembentukan identiti bangsa Malaysia yang unik. Sikap inilah yang amat diperlukan bagi merealisasikan semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kesejahteraasn rakyat pada masa hadapan.

2nd MORAL ESSAY
Dalam usaha mengejar kamajuan negara dan meningkatkan taraf kehidupan penduduk, kegiatan ekonomi dan projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Proses pembangunan dan modenisasi yang tidak terancang menyebabkan kesan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Akibatnya, kesihatan manusia, sumber ekonomi dan kemandirian bumi semakan tergugat. Untuk mengurangkan kesan negatif pembangunan terhadap alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar.

Atas kesedaran inilah Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dibiri mandat mengadakan program pencegahan, penebatan dan penawalan pencemaran dalam meningkatkan kualiti alam sekitar. JAS merupakan agensi penguat kuasa yang menyebarluaskan peraturan dan standard alam sekitar dan bertindak berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang dipinda menjadi Akta Kualiti Alam Sekitar 1988. Akta ini memperuntukkan kuasa kepada menteri di Kememterian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk menggubal peraturan yang bertujuan memperluas skop penguatkuasaan.

Di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekitar ini, beberapa peraturan digubal mengikut keperluan semasa. Peraturan ini lebih spesifik dan menjurus kepada sesuatu masalah alam sekitar yang timbul pada sesuatu masa. Peraturan ini menggariskan beberapa panduan yang harus dipatuhi oleh seseorang atau sesebuah organisasi yang berkaitan. Pelanggaran peraturan ini juga tertakluk kepada undang-undang seperti denda dan hukuman penjara.

Mengikut kuasa yang diberikan kepeda JAS, sebarang perbuatan yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar. Jenis tindakan atau hukuman yang dikenakan pula bergantung kepada keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah kilang kelapa sawit gagal mematuhi tahap pencemaran alam sekitar seperti yang ditetapkan, tindakan yang dikenakan ialah lesen operasi kilang tersebut boleh digantung dengan serta-merta. Tindakan berupa denda wang dan hukuman penjara juga dikenakan terhadap pesalah. Sekiranya kilang tersebut telah menyalurkan bahan kumbahan ke dalam sungai sehingga berlaku pencemaran yang serius, maka kilang tersebut terpaksa menanggung kos pembersihan dan pembaik pulih sungai yang tercemar. Untuk mengelakkan masalah ini, pihak kilang sepatutnya mematuhi peraturan Kualiti Alam Sekitar yang ditetapkan dengan menyediakan tempat untuk menyimpan dan merawat bahan buangan sebelum disalurkan keluar.

Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang sebegini, banyak kes yang melibatkan kerosakan alam sekitar dapat dikesan dan dikenakan tindakan. Diharap usaha murni JAS melalui akta tersebut, dapat menjamin kemapanan alam sekitar sebagai warisan generasi kita pada masa akan datang.

3rd MORAL ESSAY
Berita penderaan kanak-kanak sering tersiar di akhbar. Kanak-kanak sepatutnya disayangi, bukan dianiaya. Timbul pertanyaan, apakah masyarakat kita telah hilang pertimbangan dan nilai kemanusiaan? Sebenarnya apa yang diharapkan oleh kanak-kanak ialah belaian kasih sayang dan perlindungan agar mereka dapat mengecap nikmat hidup dalam keadaan yang aman. Siapakah yang bertanggungjawab memberi perlindungan kepada kanak-kanak? Jelas kepada kita tanggungjawab ini perlu dipikul bersama-sama oleh semua agar kanak-kanak dapat hidup sihat dan bahagia. Mereka merupakan aset yeng akan menerajui negara pada masa hadapan.

Keperluan kanak-kanak untuk mendapat perlindungan undang-undang telah diakui semenjak tahun 550 S.M. lagi. Mengikut Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, hak asasi kanak-kanak disebut dalam Artikel 25(2) dan 26. Pada 20 November 1959, Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak telah menggariskan beberapa hak kanak-kanak yang perlu diberi perlindungan.

Sejajar dengan itu, kerajaan kita juga telah menguatkuasakan beberapa akta untuk melindungi kanak-kanak. Antaranya Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, pindaan 2001. Akta ini memberi perlindungan sepenuhnya kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada lapan belas tahun. Kanak-kanak tidak boleh didera sama ada secara fizikal atau mental. Contoh penderaan fizikal ialah memukul, mengikat dan mengurung. Sementara contoh penderaan mental pula ialah perbuatan menjatuhkan maruah seperti dihina. Akta ini juga melindungi kanak-kanak daripada gangguan seksual. Kanak-kanak juga tidak boleh sama sekali dijadikan buruh. Majikan dilarang mengambil kanak-kanak sebagai pekerja. Contohnya sebagai pekerja kilang dan bengkel. Aktiviti tersebut boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak. Mereka juga tidak dapat menikmati hak meraka, iaitu mengikuti pendidikan formal di sekolah.

Dalam hal ini, kanak-kanak juga diberi perlindungan di rumah perlindungan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Contohnya pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan rumah kebajikan bagi melindungi kanak-kanak yang terabai, didera atau ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Pihak badan bukan kerajaan turut memberi sumbangan. Di rumah perlindungan inilah hak kanak-kanak dilindungi. Mereka diberi pendidikan dan kanak-kanak yang bermasalah juga diberi rawatan khas seperti kaunseling. Badan tersebut juga menyalurkan maklumat dan menyedarkan orang ramai tentang pentingnya memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak.

Terdapat juga kerjasama antara kerajaan dengan badan bukan kerajaan dalam usaha melindungi kanak-kanak. Misalnya, sebuah pertubuhan wanita dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri menganjurkan seminar bagi membimbing para guru serta mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual dan cara membantu mereka.

Sebagai anggota masyarakat, kita juga perlu memberikan perlindungan kepada kanak-kanak. Kita bertanggungjawab melaporkan kes penderaan, gangguan seksual dan amalan buruh kanak-kanak kepada puhak berkuasa agar masalah ini dapat ditangani.

Tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan bukanlah semata-mata terletak di bahu kerajaan. Sebenarnya semua pihak perlu sentiasa bekerjasama dan memastikan hak kanak-kanak dilindungi dan dipelihara supaya kesejahteraan hidup mereka terjamin pada masa hadapan.

4th MORAL ESSAY
Setiap masalah yang dihadapi akan dapat diatasi sekiranya mengikut saluran yang betul. Begitu juga halnya dengan masalah yang timbul di Malaysia. Misalnya, masalah pendatang tanpa izin yang membimbangkan negara kita telah dapat diatasi dengan adanya sikap keterbukaan oleh pelbagai pihak.

Malaysia akan memaklumkan negara asal pendatang tanpa izin tentang pendirian kerajaan untuk menghantar mereka pulang. Kedutaan yang berkenaan diminta membantu rakyat mereka yang masuk secara haram supaya kembali ke negara masing-masing.. Hal ini membuktikan sikap keterbukaan dipraktikkan oleh negara. Kerajaan Malaysia tidak bertindak sewenang-wenang tanpa makluman awal kepada pihak yang terbabit. Tindakan ini diharap akan mengelakkan keretakan hubungan antara negara.

Usaha menghantar semula pendatang tanpa izin mendapat kerjasama daripada semua pihak seperti polis, mahkamah, Jabatan Imigresen, Kementerian Luar Negeri dan juga pelbagai pihak yang lain. Pihak polis mengadakan rondaan dan pemeriksaan di kawasan bandar dan luar bandar untuk memastikan penduduk asaing yang berada di negara kita mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan ingkar kepada arahan pihak berkuasa, akan dihadapkan ke mahkamah. Majikan yang terbabit dalam pengambilan pendatang tanpa izin ini akan dikenakan tindakan undang-undang. Hal ini membuktikan sikap keterbukaan yang diamalkan oleh negara kita.

Sikap keterbukaan Malaysia dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu masalah global juga mendapat pujian daripada pemimpin luar negara. Sebagai contoh, melalui pakatan Negara-Negara Islam Antarabangsa (OIC), pemimpin kita secara terang-terang menyatakan pendirian negara untuk menentang keganasan yang berleluasa. Malaysia tidak teragak-agak lagi dalam mengutuk pihak militan yang melakukan keganasan di seluruh dunia.

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia berani menyuarakan bantahan dan pandangan tentang isu global. Misalnya tentang penyusunan semula kerangka kewangan antarabangsa, pembiayaan untuk pembangunan, termasuk kedudukan hutang negara miskin, serta integrasi negara membangun dalam ekonomi dunia. Hal ini jelas menunjukkan Malaysia tidak berselindung untuk menyatakan pendirian, malah inginkan penyelesaian secara terbuka tentang sesuatu masalah yang timbul di peringkat antarabangsa.

Di dalam negara juga, sikap keterbukaan jelas terpancar melalui amalan yang dipraktikkan oleh pihak berkuasa, agensi kerajaan, dan juga pihak swasta. Kes-kes yang dikendalikan oleh mahkamah serta pihak polis dijalankan secara terbuka mengikut saluran yang betul. Hal ini terbukti dangan sistem perundangan negara yang tidak memberi kekecualian kepada mana-mana pihak atau individu. Sesiapa sahaja yang terbukti melanggar undang-undang serta perlembagaan negara akan dikenakan tindakan tanpa mengira pangkat atau pengaruh.

Pihak swasta juga mengamalkan sikap keterbukaan dalam urusan mereka. Sebagai contoh, pengambilan pekerja di kilang dan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta dijalankan secara terbuka. Pemberian gaji dan bonus juga dilaksanakan dengan cara yang sama. Tindakan ini akan menghindarkan keadaan tidak puas hati dan ketidakadilan dalam pentadbiran.

Sekiranya negara tidak mengamalkan sikap keterbukaan dalam menangani sesuatu masalah, kepercayaan rakyat terhadap pucuk pimpinan akan tergugat. Rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat kerana mungkin ada pihak yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk menganiaya. Hal ini mungkin menyebabkan kegiatan rasuah berleluasa.

Kita bernasib baik kerana hidup di bawah pucuk pimpinan yang mementingkan sikap keterbukaan. Bagi negara yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum seperti Malaysia, sikap ini merupakan formula penting bagi menjamin keharmonian negara.


FINISH !

SAP SAP SUI RYTE? FINISH IT IN 3 HRS LARHS ! ==...



Signed Off with lotsa ♥ at 4:15 PM